Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Sarawak Motorsports Association (SMA)

Presiden SMA, YB Senator Dato’ Ahmad Bin Dato’ Sri Hj Ibrahim berkata, mana-mana kelab yang menjadi ahli kepada SMA akan diberi pelbagai kelebihan dan kemudahan dalam menganjurkan acara permotoran serta di bawah kawalan selia dengan kerjasama MAM - Motorsports Association of Malaysia.

Antara perkara utama dalam agenda mesyuarat termasuk:
● Ucapan Aluan Presiden
● Pengesahan Minit Mesyuarat AGM 2022
● Laporan Setiausaha Agung
● Laporan Kewangan SMA
● Pembentangan Usul-Usul
● Sesi Soal-Jawab
● Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat AGM tahun ini juga menampilkan bengkel mengenai akta pembangunan sukan yang dikendalikan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak. SMA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli bersekutu yang telah hadir dalam AGM ini, iaitu, Petrajaya Motorsports Club, Anco Motor Sport, LD Motorsports Club, Miri dan Sidewayz Squad - Sarawak Drift Team, Sibu.

Dengan ini, pihak SMA ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua yang telah terlibat dan berharap akan dapat memberi kemajuan yang lebih mapan dalam pembangunan industri permotoran di Sarawak.


Share this post